Selasa, 11 September 2018

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Al-Habib Umar bin Hafidh berkata dalam suatu kesempatan,

Kalau ada orang yang berkata pada kita,kenapa perlunya cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW sampai menangis?

Kenapa melampau-lampau seperti itu?Maka jawab kepada mereka,Baginda Rasulullah SAW telah terlebih dahulu menangis kerana kita.Kerana Dosa kita... Tidak pernah ada manusia yang pernah mendoakan kita,yang minta pada Allah SWT untuk ampuni dosa kita seperti sebagaimana Baginda Rasulullah SAW sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu pada Allah SWT agar diampunkan oleh Allah SWT atas semua kesalahan dan dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar malaikat Jibril utk memujuk Baginda Rasulullah SAW agar bangun dari sujudnya.. "Kerasnya hati kita hari ini,kita tidak pernah menangis merindui Baginda Rasulullah SAW.... Tumbuhkanlah rasa cinta dan sayang yang lebih kepada Rasulullah SAW...

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Tidak ada komentar:

Posting Komentar