Pandangan Ulama Empat Mazhab Tentang Tasawwuf
Imam Hanafi Rahimahullah Ta'ala
Imam Hanafi telah berkata : “Jika tidak kerana dua tahun, saya sudah binasa. Kerana dua tahun saya telah duduk bersama Imam Ja’far Ss-Sadiq dan mendapatkan ilmu keruhanian yang membuat saya lebih mengenali jalan yang benar”. (Kitab Ad-Durr Al-Mukhtar)
Imam Maliki Rahimahullah Ta'ala
Imam Malik telah berkata :
من تصوف و لم يتفقه فقد تزندق
و من تفقه و لم يتصوف فقد تفسق
و من جمع بينهما فقد تخقق
Ertinya : Barangsiapa mempelajari tasawuf sahaja tanpa mempelajari ilmu fiqh maka dia telah sesat. Dan barangsiapa mempelajari ilmu fiqh sahaja tanpa mempelajari tasawuf maka dia menjadi fasiq. Dan barangsiapa mempelajari kedua2nya maka sungguhnya dialah yang sebenar.” (Imam Abil-Hassan)
Imam Syafi'e Rahimahullah Ta'ala
Imam Shafi’i pernah berkata :
فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح
Ertinya : Fiqh dan tasawwuf jangan engkau asingkan. Sungguhnya aku demi haq Allah nasihatkan akan kamu. Keraslah hati orang yang tidak merasai kemanisan taqwa. Dan bagaimana pula orang yang jahil mampu berbuat kebaikkan?
Imam Hambali Rahimahullah Ta'ala
Imam Ahmad Hambal pernah berkata kepada anaknya : Wahai anakku. Engkau duduklah bersama orang sufi. Mereka boleh menambahkan ilmu dan muraqabah. Mereka orang-orang zuhud yang mempunyai cita-cita." (Kitab Kasyful Khafa)
Wallahua'lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar